Penggunaan Scarnex


 

Kesan Parut

Parut boleh terjadi akibat kesan luka di kulit disebabkan oleh kecederaan, pembedahan, jerawat dan sebagainya. Ia adalah sebahagian daripada proses penyembuhan luka, akan tetapi boleh meninggalkan kesan kosmetik yang tidak diingini.

Scarnex Advance Scar Therapy yang diformulasikan dengan bahan-bahan yang terbaik dapat membantu memudar malah menghilangkan kesan parut pada kulit anda.

Bersihkan kesan parut dan sapukan sedikit serum Scarnex Advance Scar Therapy pada kesan parut tersebut. Gunakan dua(2) kali sehari atau seberapa kerap yang diperlukan.

Parut Rengangan

Parut rengangan (stretch mark) merupakan sejenis parut yang terjadi disebabkan pengoyakan dermis akibat daripada perubahan tumbesaran fizikal atau berat badan. Kesan garis-garis kemerahan tersebut akan berkurangan pada masa panjang tetapi ia tidak akan hilang sepenuhnya.

Scarnex Advance Scar Therapy yang diformulasikan dengan bahan-bahan yang terbaik dapat membantu menghilang kesan-kesan parut regangan pada kulit anda.

Bersihkan kesan parut regangan dan sapukan sedikit serum Scarnex Advance Scar Therapy pada kawasan tersebut. Gunakan dua(2) kali sehari atau seberapa kerap yang diperlukan.

Penuaan Kulit

Kita tidak dapat lari daripada proses penuaan, akan tetapi persekitaran dan cara hidup yang tidak sihat boleh menyebabkan kita kelihatan tua sebelum masanya.

Scarnex Advance Scar Therapy dapat membantu mengembalikan keremajaan kulit anda dengan membekalkan nutrien-nutrien yang penting bagi kesihatan kulit dan seterusnya memberi keanjalan dan mengurangkan kedutan kulit.

Bersihkan kawasan kulit yang ingin dirawat dan sapukan sedikit serum Scarnex Advance Scar Therapy pada kulit tersebut. Gunakan dua(2) kali sehari atau seberapa kerap yang diperlukan.

Dehidrasi Kulit

Dehidrasi kulit adalah satu keadaan yang berkait dengan kandungan air dalam kulit yang dipengaruhi oleh persekitaran dan cara hidup. Kulit jenis ini akan kelihatan seperti bersisik dan berkedut dengan garis-garis halus.

Scarnex Advance Scar Therapy dapat membantu mengekalkan kelembapan pada kulit dan memulihkan kesan kekeringan pada kulit.

Bersihkan kawasan kulit yang ingin dirawat dan sapukan sedikit serum Scarnex Advance Scar Therapy pada kawasan tersebut. Gunakan dua(2) kali sehari atau seberapa kerap yang diperlukan.