Pengenalan


SCARNEX ADVANCED SCAR THERAPY dilengkapi dengan bahan utama iaitu Vitamin-E dan Vitamin-C. Vitamin-E adalah antioksidan yang melindungi tisu badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh bahan-bahan yang tidak stabil. Manakala Vitamin-C berfungsi sebagai antioksidan yang kuat dan agen pencerahan, dengan keupayaan sebagai bahan anti-jerawat dan anti-penuaan.

Bagaimana Ia Berfungsi?
Ia mempercepatkan proses pemulihan parut serta melicinkan kulit dengan  Vitamin-E yang mengandungi paras anti-oksida dan anti-radang yang tinggi. Memudarkan penampilan parut lama dan baru dengan menghidrat dan melembutkan tisu parut disamping menggalakkan proses sintesis kolagen. Kesan dari anti-oksida dan agen pelembab ini juga mampu melicinkan garis-garis halus serta kesan kulit kering.

Vitamin-C membantu mencegah penuaan sel dengan cara menghalang hubungsilang kolagen, pengoksidaan protein dan peroksidaan lipid. Ia juga berfungsi secara bersinergi dengan antioksidan Vitamin-E dan amat berkesan dari segi penyerapan dan kestabilan.

Cara Penggunaan
Sapukan sedikit SCARNEX ADVANCED SCAR THERAPY pada permukaan parut. Gunakan setiap pagi dan malam atau sekerap yang diperlukan.

Untuk parut cacar dan terbakar, tunggu sehingga tanda telah kering sebelum menggunakan SCARNEX ADVANCED SCAR THERAPY. Untuk parut pembedahan, tunggu sehingga luka telah sembuh/tertutup dan jahitan dikeluarkan sebelum menggunakan SCARNEX ADVANCED SCAR THERAPY.